Saturday 27 July 2013

Resepi Kari Ayam Sedap


RESEPI KARI AYAM SEDAP

 
Pengenalan


Resepi Kari Ayam Sedap adalah sejenis makanan pedas yang biasanya dimasakkan dengan bahagian-bahagian ayam dan ubi kentang dengan kari yang enak. Kari Ayam mempunyai tarikan yang istimewa dan telah menjadi makanan kegemaran orang India pada zaman dahulu hingga zaman sekarang. Resepi Kari Ayam Sedap seringkali dihidangkan dalam majlis-majilis penting seperti majlis perkahwinan mereka. Resepi Kari Ayam ialah hidangan menu yang berasal dari negara India, maka asal-usulnya juga berada di India. Resepi Kari Ayam juga semakin disambut hangat dan digemari oleh pelbagai jenis kaum di Malaysia, termasuk orang melayu dan cina.

Selain daripada itu, makanan ini juga boleh ditemui di negara berjiran iaitu Thailand dan juga di merata tempat kerana kepedasan dan keenakan Kari Ayam sedap yang boleh membuka selera seseorang. Versi makanan pedas ini yang didapati di Malaysia dan Singapura telah menggabungkan unsur-unsur masakan India ditambah lagi dengan citarasa pemakanan di Asia Tenggara. Hidangan Kari Ayam yang terkini adalah versi yang telah mengalami proses pengubahsuaian mengikut selera masyarakat di negara masing-masing.

Resepi masakan sentiasa berubah mengikut peredaran masa. Resepi yang diubah perlu disukai ramai dan mempunyai nilai-nilai kesenian kulnari, mudah, berzat dan sesuai untuk semua golongan. Hidangan Kari Ayam ini biasanya dihidangkan dengan nasi putih. Potongan tomato dan kentang juga dipadukan dalam Kari Ayam untuk gizi seimbang. Maka hidangan "Kari Ayam" adalah satu hidangan yang amat baik dari segi nutrisi dan juga kelazatan.

Di Malaysia, Resepi Kari Ayam telah menjadi suatu jenis kuah yang selalu dimakan dengan roti biasa atau roti canai di samping makan dengan nasi dan mee sahaja. Cara pemakanan ini amat disukai oleh orang ramai dan telah menjadi peluang perniagaan kepada banyak kedai. Resepi Kari Ayam merupakan lauk sampingan yang terkenal dan telah menjadi salah satu hidangan utama untuk buffet di hotel-hotel atau restoran-restoran. Tambahan pula, sesetengah tukang masak suka meletakkan bahan-bahan hiasan yang istimewa seperti sayur wangi ke dalam kuah Kari Ayam dengan mengikut kreativiti masing-masing.


Resepi Kari Ayam Sedap

Bahan-Bahan untuk Kari Ayam Sedap

(3-5 orang)

½ ekor ayam (Potong 10 bahagian)

4 biji kentang

10 biji tomato ceri

300ml santan pekat

1500ml santan cair

1 keping asam gelugor

2 camca besar penuh rempah kari ayam

1 1/2 camca besar cili kisar

Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar Halus

12 biji bawang merah

4 ulas bawang putih

1 inci halia

1/2 inci kunyit hidup

Bahan Tumis

4 biji bawang merah, dihiris

2 ulas bawang putih, dihiris

2 tangkai daun kari, dilurut

1 batang kayu manis

1 kuntum bunga lawang

6 kuntum bunga cengkih

3 biji buah pelaga





 
Cara-Cara untuk Menyediakan Resepi Kari Ayam Sedap

1) Pertama sekali, ayam dibuangkan kulit, cuci dengan bersih, tos dan tabur sedikit tepung gandum, garam dan jus limau kasturi, gaul rata dan perap 10 minit, kemudian cuci dengan bersih lagi dan toskan.

2) Kentang dikupas dan dibelah kepada 4 setiap 1 dan kemudian rendam.

3) Bancuh rempah kari bersama bahan kisar halus, gaul rata dan ketepikan.

4) Panaskan minyak dalam periuk, kemudian masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum.

 

5) Tambah cili kisar dan tumis sehingga garing. Masukkan bancuhan rempat kari dan bahan kisar halus tadi, gaul rata dan tumis sehingga naik bau.

6) Masukkan ayam dan gaul rata, biar ayam kecut sedikit.

7) Tambahan kentang yang ditoskan dan kacau sebati.

8) Tuangkan santan cair, kacau dan biar sehingga kentang lembut. Tuangkan pati santan.

9) Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula.

10) Tutupkan api dan siap untuk sedia dimakan.

Cara masakan Kari Ayam telah dipelbagaikan di kalangan pelbagai kaum etnik mengikut budaya sendiri. Berbagai-bagai cara masakan Kari Ayam telah menjadikan hidangan ini sentiasa berubah mengikut citarasa penggemar hidangan Kari Ayam. Kari Ayam Kering telah dimasak dengan cara yang agak berbeza dan istimewa.


Kari Ayam Kering

Bahan-Bahan untuk Kari Ayam Kering

(3-5 orang)

1 ekor ayam (kira-kira 1 kg)

2 sudu teh garam

100ml minyak masak

250ml santan daripada 1 biji kelapa parut

Jus lemon dari 1 biji lemon


Bahan-Bahan Kisar

10 tangkai cili merah

10 tangkai cili kering (direndam)

15 ulas bawang merah (dikupas)

8 ulas bawang putih (dikupas)

2.5 cm kunyit (dikupas)


 

Cara-Cara untuk Menyediakan Kari Ayam Kering

1) Potongkan ayam dengan kecil-kecil dan perasakan dengan bahan-bahan yang dikisar dan garam secukup rasa. Perapkan selama 3 jam.

2) Panaskan minyak masak di dalam kuali dan goreng ayam yang diperasakan sehingga perang.

3) Campurkan pati santan dan renihkan di atas api kecil sambil dikacau sekali-sekala sehingga ayam empuk dan kuah pekat.

4) Bubuhkan jus lemon sebelum diangkat.

Kari Ayam adalah makanan kegemaran untuk banyak keluarga, terutamanya orang yang suka menjamu selera makanan yang pedas. Kari Ayam akan menjadi kepilihan mereka sebagai kuah atau lauk sampingan untuk mengisi perut dengan roti kosong, roti canai, nasi atau mee. Kari Ayam telah menjadi sejenis makanan yang terkenal di kalangan keluarga masyarakat tidak kira kaum-kaum yang berbeza dalam musim perayaan. Ramai orang suka makan Kari Ayam untuk meraikan perayaan istimewa seperti musim Thaipusam dan sebagainya.

Di samping itu, Kari Ayam sangat terkenal dengan kepedasannya dan keistimewaan, jadi ramai orang suka meyediakan Kari Ayam menurut citarasa sendiri supaya dapat menikmati keenakannya yang tidak boleh dibandingkan dengan rasa yang lain. Deria rasa akan diransangkan setiap kali dengan merasai Kari Ayam dan kentang yang sedap sekali.